Pepo Pekimet

Ji ne ca lasan kata le tebulung mung dau penisen le singket-singket osa apan senteng ngemaju ilu.
 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 MEMAJUKAN PENDIDIKAN KAUM PENAN DI BELAGA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ABANG IS
Guest
avatar


PostSubject: MEMAJUKAN PENDIDIKAN KAUM PENAN DI BELAGA   Mon Jun 07, 2010 4:10 pm

Setelah menyelami sendiri permasalahan yang dihadapi oleh Kaum Penan di Belaga sejak dari Bulan Mac 2010 yang lalu, hati kecil ini tertarik untuk membantu dalam memajukan taraf pendidikan masyarakat Penan di Belaga. Masalah utama yang menjadi penghalang kepada saya untuk memajukan pendidikan pelajar khususnya di Kawasan Belaga/Sg. Asap adalah ketiadaan dokumen Kad Pengenalan/Surat Beranak yang menimpa kebanyakan pelajar Penan samada melepasi alam persekolahan ataupun yang masih bersekolah hingga kini. Tinjauan semasa menjalankan promosi Angai Ulai Jadi Cigu yang kami jalankan bermula Mac - Mei 2010 di SMK Belaga dan SMK Bakun, kebanyakan Pelajar Penan tidak memiliki Kad Pengenalan. Ini menyukarkan pihak kami untuk menemuduga mereka kerana syarat asas kemasukan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM adalah mesti memliki Kad Pengenalan. Walaupun keputusan mereka agak baik dalam SPM namun peluang mereka agak terbatas akibat ketiadaan dokumen tersebut.

Mungkin pihak Jabatan Pendaftaran Negara daerah yang berdekatan boleh membantu kami dalam menyelesaikan masalah ini. Pihak kami cuba sedaya upaya untuk memberi peluang yang istimewa kepada pelajar Penan untuk mengikuti kursus di IPG melalui Program Pengambilan Calon Pedalaman di Belaga dan Baram. Seandainya masalah ini dapat ditangani bersama saya yakin pelajar Penan berpeluang mengikuti KPLSPM dan seterusnya pelajar ini apabila tamat nanti berjaya membawa perubahan kepada kaumnya. Hanyak Pendidikanlah yang berupaya membantu kaum ini untuk membangun seperti mana kaum-kaum yang lain.

Saya bersama rakan-rakan di IPG akan sentiasa menjalankan program ini untuk membantu kaum Penan di kawasan Belaga dan Baram setakat yang termampu pihak kami lakukan.
Back to top Go down
 
MEMAJUKAN PENDIDIKAN KAUM PENAN DI BELAGA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pepo Pekimet :: Bantulah Jiran Kita PENAN Bahagian Belaga-
Jump to: